KUCHING: Sarawak menebus kekecewaan lalu apabila mara ke peringkat suku akhir Piala FA 2017 berikutan kejayaan menumbangkan Perlis dengan 2-1 pada saingan pusingan ketiga yang berlangsung di Kangar, petang kelmarin.
Bagi pengendali skuad Sarawak, David Usop amat berpuas hati dengan kemenangan tersebut membolehkan skuadnya meneruskan perjalanan dalam kempen Pial a FA musim ini.
“Saya amat berpuas hati dengan mutu persembahan skuad kita (Sarawak) di laman lawan petang Sabtu lalu dan berjaya memenang i perlawanan tersebut sekali gus melayakkan diri ke suku akhir,” katanya.
Sila like Facebook https://www.facebook.com/BPDonlinenews/
Sila like Facebook https://www.facebook.com/BPDonlinenews/
David berkata, tidak dinafikan faktor cuaca turut memberi kesan kepada mutu persembahan pasukannya namun ia berjaya ditangani dengan baik oleh semua pemain yang diberi kepercayaan.
Beliau berkata, pemainpemain beraksi pada sebelah petang dan terpaksa menghadapi cuaca panas mencecah 37 darjah Celsius.
“Bagaimanapun, semua pemain dapat menangani keadaan cuaca tersebut malah berjaya mencipta kemenangan.
“Pujian harus diberikan kepada semua pemain, aspek mental dan fizikal mereka betulbetul diuji ketika bermain dalam keadaan cuaca panas,” katanya.
David menambah, setiap percaturan dan strategi yang beliau rancangkan ternyata membuahkan hasil apabila pemain berjaya menjaringkan gol awal.
“Malah, pasukan kita (Sarawak) mampu bertahan sehingga tamat masa perlawanan meskipun Perlis cuba bangkit merapatkan defisit gol selepas ketinggalan 2- 0 pada babak pertama,” katanya.
Dalam aksi tersebut, David menurunkan kesebelasan utama terbaik dalam usaha memburu kemenanga n untuk mara ke peringkat seterusnya.
Gol-gol Sarawak dijaringkan penyerang muda, Abdul Rahim Razak pada minit ke-25 sebelum Mark Hartmann menambah duka pasukan tuan rumah selang sepuluh minit kemudian.
Bersambung babak kedua, Perlis melancarkan serangan bertali arus sehingga memperolehi gol pertama menerusi bintang import dari Korea Selatan, Oh Kyu Bin pada minit ke-50.
Namun, jar ingan i t u membakar semangat anakanak David untuk terus bertahan sehingga wisel penamat dibunyikan oleh pengadil perlawanan.
Pada aksi suku akhir, Sarawak diundi bertemu Terengganu yang dijadualkan berlangsung pada 31 Mac ini sebelum meneruskan saingan kedua pada 21 April depan.-BPD
Kredit : Utusan Borneo

0 comments:
Post a Comment